Hi semua!

Boleh panggil saya Awin.

Awin berhenti kerja pada akhir tahun 2015 sebab nak jaga Idris, putera sulong kami.

Boleh baca cerita Awin di sini: http://bit.ly/2cs4lel ( masa ni nama masih lagi Blossoms)

Disebabkan Awin dah terbiasa bekerja ronda sini sana, datang perasaan bosan hanya stay rumah jaga anak, makanya, wujudlah byWiwin ni.

Kalau dulu, Awin banyak ambil tempahan custom made termasuk barangan bayi selain dari pad kain. ByWiwin adalah medium untuk Awin berkreatif dan dalam masa yang sama memberi tambah nilai dan memudahkan urusan ladies di luar sana dengan menawarkan produk jahitan yang berguna dan bermanfaat!

Tapi kini, Awin lebih fokus kepada PAD KAIN MODEN UNTUK WANITA.


Pad kain mungkin kedengaran seperti ‘benda asing’.Ya, sebab masih ramai yang tak tahu adanya ALTERNATIF selamat dan jimat kepada pad pakai buang di pasaran.

Kenapa nak bertukar kepada PAD KAIN?

Setiap ladies yang mengambil keputusan untuk hentikan penggunaan pad pakai buang PASTI PUNYA SEBAB YANG TERSENDIRI.

Apa pula SEBAB Awin?

Awin baru sedar bahawa sakit tak selesa di bahagian cikPuan ketika kedatangan haid sebenarnya ada penyelesaian.

Apa penyelesaiannya?

BERHENTI GUNA PAD PAKAI BUANG!

Sejak cuba pad kain, serius amat berbeza pengalaman period Awin.
Lebih selesa, dan semestinya lebih jimat!

Sebab kita pakai bukan hanya semasa period, tetapi juga semasa mengandung (terkucil semasa batuk dan bersin) dan juga semasa pantang (maximum 60 hari)

Dah hampir 3 tahun lebih Awin pakai pad kain.

Tak pernah menyesal tau!

(antara padkain yang berusia 3 tahun lebih. masih elok berfungsi)

Untuk pad kain keluaran BYWIWIN, kami berikan warranty card. Sah sehingga setahun. 
Jika ada jahitan yang terbuka atau ada butang yang tercabut, boleh maklumkan kepada pihak kami, kami akan baiki at NO COST!

 

Untuk makluman juga, produk pad kain kami adalah keluaran handmade. Bukan mass production dari kilang. Kita buat by batch. Setiap bulan akan sentiasa ada pad kain dengan corak baru yang kita keluarkan.

Setiap fabrik yang digunakan untuk menghasilkan pad kain adalah dipilih teliti oleh Awin sendiri. Kami sangat mementingkan kualiti fabrik. Fabrik murahan atau gred memang kami tak guna! PREMIUM HANDMADE gittuuu

–> Clothpads/ Pad kain wanita dan cloth pantyliners
Info sini: https://www.facebook.com/bywiwin/posts/1510726662357114

Jom check instagram byWiwin: https://www.instagram.com/bywiwin/

Dan blog ni akan jadi medan untuk awin menulis tentang padkain, kehidupan seharian atau apa-apa yang awin rasa patut kongsi. Sebelum ni banyak menulis di facebook. Pernah berblogging semasa zaman study dulu. Rasanya dah tiba masa untuk start balik menulis di blog sendiri 😀

Ada masa kata ganti diri akan jadi saya, aku, ai, mommy, I, ambo… haaa campor semua ikut mood :’)

Terima kasih sudi berkunjung ke blog BYWIWIN!

Nah  untuk semua!

#bywiwin
#clothpads
#gayaPeriodAwesome