Makin lama tunggu makin menjadi-jadi delay update blog ni.

 

Dah setahun lebih dah aku beli domain ni. Tak kemana jugak hala tujunya. Aku insap. Arini aku akan update tak kiralah dua ketuls tengah membuas pun :’)

 

Maka kita mulakan dengan coretan #diaryWAHM.

Dah nak masuk 3 tahun dah aku jadi WAHM.

Aku tak menyesal berhenti kerja.

Suraya masih kecil. Next month nak jadi kakak dah.

 

Dulu lepas grad Carleton U, aku buat kerja sales jual barang research biotech.

 

Salesperson nama standard. Nama special company bagi “Sales Specialist”. Haaa bunyi curlass lah sikit kan.

Masuk dari satu lab ke satu lab. Masuk dari satu office post grads/ lecturers/ researchers ke yang lain. Cuba nak berkawan dengan semua walaupun bukan semua suka kehadiran ko nak menjual di situ. Meronta jugak jiwa aku sebab aku rasa macam menagih kasih. Tapi sebab nak menjual, aku cuba my best jadi diri aku dan cuba jual apa yang patut aku jual. Ramai je customers yang jadi kawan eventually.

 

Dulu aku rasa dapat buat duit 3-5k tu macam nice dah untuk budak fresh grad hingusan.

 

Tapi aku taktahu, rupanya duk rumah bergelumang ngan kain baju kotor, yang bersih tak berlipat, pinggan mangkok di sinki, tukar pampers anak-anak seploh kali minimum setiap ari, PON BOLEH JANA DUIT.

 

Dalam efbi aku tu takyah cite laa. Ramai suri pandai jana duit. Semuanya berkobar-kobar nak buktikan kepada semua yang jadi suri rumah pon curlass.

Pemandangan biasa setiap hari. Anak-anak di kaki meja kerja.

 

Nak buat 5 figure sale pon takdelah susah mana. Cuma kene kurangkan tido kalau takde hire orang. Makanya penat nak meroyan lak jadinye ? Aku pernah sampai rasa terkene buatan orang padahal aku rasa perasaan aku je kot…mungkin overtired :’)

 

Di saat orang rasa kita tak mampu, takpe lagi. Yang tu bukan halangan besar pun. Yang paling dasyat kalau kita sendiri yang rasa diri tak mampu. Kita yang block diri dari jadi suri rumah penuh gaya gitewww ?

 

Walaupon muka aku setiap ari macam kak limah sekarang ni, tapi sekurang-kurangnya anak-anak semua cukup makan dan mommy mampu belikan sedikit sebanyak untuk dua ketuls + 1 ketul coming soon.

 

Aku sentiasa support mana-mana kenalan dan kawan yang nak berhenti kerja dan jaga anak dan try cari duit income from home. Adalah jugak sejak ade sharing aku kat efbi tu viral masuk Mingguan Wanita dua kali, aku dapat kenalan baru yang sama ceritanya ngan aku. Aku paham sangat perasaan diorang ni. Berbelah bahagi adalah perkara biasa.

 

Actually, korang boleh je. Kekadang bila jatuh teruk dan hidup sangat menyeksakan takdak duit seploh hengget nak makan…..time tu lah korang tiba-tiba akan roar jadi tiger (nyanyi lagu katty perry meh…di pagi jumaat ? baru semalam aku insap. Hahaha. Rujuk posting kat efbi)

 

Pedulikan kata orang lain.

Back up kene ada.

Jangan berhenti kerja tanpa ada back up dan plans.

Nanti menyesal dan question yourself pulak.

Lebih teruk, jadi meroyan dan depress.

 

Biasalah. Kalau belajar tinggi atau jauh, orang expect korang kerja makan gaji best-best. Padahal kerja sendiri pon boleh je buat duit.

Asal rajin dan ada motivasi atau terdesak (Tapi kalau sebab terdesak, tak happy buat kerja pon tak jalan, Kalau terdesak tapi enjoy, nice!)

First year di Kanada.

Tak mengapa sijil study/overseas hilang entah ke mana, janji kita mampu tolong suami bayar segala mak nenek bil, insurans, food dll, hulur kat parents.

 

Ada jer orang yang bergaji tetap nak hulur lima puloh hengget pon susah. Nak tolong topup kan handphone mak bapak pun susah. Tapi beli rokok ngan lipstick baru boleh pulak.

 

Ada sesiapa nak berhenti kerja dan nak share resah gulana di jiwa berbelah bahagi? Meh send emel kat aku. Share story: natasyaazwin@gmail.com.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *